Tentang Projek COTCA
Tentang Projek COTCA
Bagaimanakah pengaruh pendudukan asing membentuk budaya? Apakah warisan budaya pendudukn asing yang kekal dalam masyarakat yang mewakili kebiasaan umum pada era moden? Projek Pendudukan Budaya di Asia pada Abad Kedua Puluh (COTCA) adalah projek yang dibiayai ERC di bawah penyeliaan Program Penyelidikam dan Inovasi Horizon 2020 Kesatuan Eropah (Nombor Geran: 682081) yang akan bertangunggjawab untuk menangani soalan-soalan ini dengan menganalisis persoalan pendudukan- sama ada di bawah penjajahan, zaman perang atau kuasa perang dingin, mewujudkan visual unik, audio dan ruang di Asia Timur dan Tenggara pada era moden.
Tiga aliran COTCA
Projek COTCA dijalankan mengikut tiga aliran yang saling berkaitan:
- Perwakilan pendudukan
- Suara pendudukan
- Ruang pendudukan
Objektif Aliran 1 (Perwakilan pendudukan) adalah untuk:
- Memberikan pemahaman yang menyeluruh mengenai cara pendudukan yang diwakili oleh penduduk Asia yang melaluinya pada abad kedua puluh.
- Mengenalpasti bagaimana pendudukan membawa kepadaperkembangan budaya visual khusus di Asia Timur dan/atau Tenggara. Dengan kata lain, apakah bentuk pendudukan tersebut?
Objektif Aliran 2 (Suara pendudukan) adalah untuk:
- Memahami keadaan bagaimana individu atau kumpulan ynag beroperasi di bawah pendudukan membentuk ekspresi pendengaran baharu yang menghuraikan respon terhadap pendudukan mereka.
- Menerangkan tentang bagaimana pengalaman pendudukan asing membawa kepada spesifik budaya suara dan skap bunyi tertentu yang unik dalam konteks sedemikian. Dalam erti kata lain, apakah suara pendudukan tersebut?
Objektif Aliran 3 (Ruang pendudukan) adalah untuk:
- Menentukan cara pendudukan mewujudkan bentuk ekspresi budaya baharu dalam bidang spatial (contoh: manipulasi persekitaran semula jadi dan binaan bagi tujuan kebudayaan; penyusunan semula ruang atau bentuk seni bina sedia ada dalam konteks pekerjaan dan sebagainya).
- Mengenalpasti bagaimana perwakilan budaya, dan tafsiran ruang juga landskap, telah diubah oleh pendudukan. Dalam erti kata lain, apakah jenis reka bentuk pendudukan tersebut?
Aktiviti-aktiviti COTCA
Projek COTCA terlibat dalam kebiasaan ceramah luar di Universiti Nottingham, manakala ahli pasukan COTCA juga selalu bergiat dalam perbentangan hasil kerja mereka di persidangan-persidangan dan bengkel-bengkel, dan menerbitkan karya ynag dihasilkan di bawah projek. Anda boleh mendapatkan maklumat dan mengetahui lebih lanjut tentang program-program atau acara berkaitan COTCA dengan mengikuti kami di web, laman sosial seperti Facebook dan Twitter (#COTCAProject).