Temui Pasukan

Jeremy Taylor

Profesor Taylor merupakan Pengarah Projek COTCA dan dalam masa yang sama bertugas sebagai Profesor Sejarah Moden di Universiti Nottingham. Beliau mengkaji sejarah budaya Asia Timur dan Asia Tenggara. Beliau juga telah mengarang lebih daripada 30 bab dan artikel jurnal yang disemak pakar bidang dalam sejarah terkemuka dan jurnal Kajian Kawasan, juga telah terlibat dalam menulis atau menyunting 4 buah buku secara keseluruhan.

Read More

Stéphanie Benzaquen-Gautier

Dr Benzaquen-Gautier menerima PhD di Erasmus Universiti Rotterdam, dan beliau merupakan penyelidik bersekutu di Pusat Kebudayaan Sejarah Universiti tersebut selama beberapa tahun. Minat penyelidikannya termasuk budaya visual dan paparan keganasan berskala besar juga struktur serta hak asasi manusia, dokumentari dan amalan artistik dalam konteks memori politik, pemburuan hantudan mistik, tertumpu di Asia Tenggara. Stéphanie juga bekerja sebagai kurator dan telah menganjurkan pameran dan acara di pelbagai negara. Beliau merupakan Felo Penyelidik ERC di Projek COTCA sehingga akhir tahun 2021.

Read More

David Baillargeon

Dr Baillargeon merupakan Penolong Profesor dalam bidang Sejarah di Universiti Texas Arlington. Beliau menamatkan Phd dalam Sejarah British Moden dari Universiti California, Santa Barbara pada tahun 2018. Perkhidmatan beliau telah disokong oleh Persekutuan Mellon dari Institut Penyelidikan Sejarah  di London, Persekutuan Disertasi dari Pusat Kajian Perkauman Baru, Universiti California serta Persekutuan Penyempurnaan Disertasi Mellon dari Majlis Pengajian Eropah. Beliau merupakan Felo Penyelidikan ERC bagi Projek COTCA sehingga tahun 2020.

Read More

Kim Weir

Kim Weir memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Amerika dan Inggeris di Universiti Nottingham, kemudian menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Galeri Seni dan Pengajian Muzium di Universiti Manchester. Selepas menamatkan pengajian, beliau menghabiskan masa selama lapan tahun berkhidmat di muzium dan sektor seni visual di United Kingdom dan Australia. Kini, Phd beliau adalah berkaitan meneroka bagaimana pemerintahan kolonial AS di Filipina (1902 hingga 1946) membentuk tiggalan monumen-monumen awam yang didirikan di negara tersebut sepanjang abad kedua puluh.

Read More

L. Odila Schroeder

Odila Schroeder menyertai Projek COTCA pada tahun 2017. Beliau mempelajari Bahasa Cina, Sains Politik dan Sains Sejarah di Heidelberg dan Cambridge, serta memegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Cina dan Transkultural dari Universiti Heidelberg. Dalam tempoh pengajiannya, beliau telah bekerja untuk mempromosikan pendidikan bahasa Cina, memantau konflik sosioekonomi di China bagi Institut Heidelberg bertujuan untuk Penyelidikan Konflik Antarabangsa serta mengkaji peredaran teori muzik Eropah pada abad ke-20 China.

Read More

Vivien Chan

Vivien Chan merupakan ahli sejarah dan pengamal reka bentuk. Beliau mempelajari Ilustrasi dan Animasi di Universiti Kingston sebelum menamatkan Sarjana dalam Sejarah Reka Bentuk di Kolej Seni Diraja dan Muzium Victoria & Albert. Dalam tempoh pengajiannya, beliau bekerja sebagai ilustrator bebas dan pembuat filem, serta menghasilkan beberapa penerbitan dalam talian dan cetakan mengenai sejarah reka bentuk serta pendekatan antara disiplin. Terkini, beliau merupakan tenaga pengajar dalam Kajian Reka Bentuk di Universiti Nottingham Trent, dan menjadi duta untuk Persatuan Sejarah Reka Bentuk. Phd beliau merangkumi penerokaan ruang santai Hong Kong dan penggunaannya dari tahun 1950-an hingga 1980-an.

Read More