Arkib Digital

Arkib Digital COTCA memegang hak dan membolehkan data berkaitan kajian kes dapat diakses secara umum. Bahan-bahan dalam setiap kajian kes diambil daripada koleksi yang disimpan dari pelbagai arkib dan perpustakaan meliputi seluruh dunia, di mana butiran mengenai asal data-data tersebut dilampirkan pada setiap item. Dengan cara menyusun dan mengemaskini bahan yang disimpan dalam pelbagai bentuk koleksi oleh ahli COTCA, secara tidak langsung membolehkan pengguna memeriksa bahan yang dalam kebanyakan kes belum atau tidak pernah didigitalkan sebelumnya. Ia juga membenarkan pengguna untuk mengesan visual dan lain lain perkara berkaitan merentasi tempoh masa dan memenuhi bahagian tertentu Asia yang berbeza-beza.

Projek COTCA juga mengiktiraf dan menghargai bantuan kakitangan di Bilik Bacaan Asia bertempat di Perpustakaan Kongres; Perpustakaan Asia Timur dan Insititusi Hoover di Universiti Stanford; Jabatan Asia Muzium British; Muzium Perang Imperial; Arkib Negara (London) dan Bilik Bacaan Dokumen Moden, Perpustakaan Shanghai.