Darurat Tanah Melayu (1948 – 1960)

Pengenalan

Darurat Tanah Melayu ialah Perang Dingin, iaitu konflik anti-penjajahan yang berlaku antara tahun 1948 dan 1960 di Semenanjung Tanah Melayu. Konflik yang bermula dalam bulan Jun 1948 tersebut adalah berikutan pembunuhan tiga orang ahli petani Barat berhampiran negeri Perak, yang mengakibatkan telah berlakunya pertempuran antara penjajah British dan pasukan Komanwel serta anggota Parti Komunis Malaya (MCP) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLA). Dua organisasi terakhir ini terutamanya adalah terdiri daripada dan diketuai oleh mereka dalam majoriti populasi etnik Cina yang besar di Tanah Melayu, kebanyakannya adalah pekerja tanpa tempat tinggal tetap (atau “setinggan”, seperti yang dilabelkan paa masa tersebut) yang tinggal di kawasan pedalaman Tanah Melayu. Meskipun Tanah Melayu memperoleh kemerdekaannya (Merdeka) daripada penjajahan pada tahun 1957, kebanyakan sarjana menyatakan Darurat berakhir pada tahun 1960. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pemberontakan komunis ynag berpanjangan di rantau tersebut serta hakikat bahawa dasar Darurat Tanah Melayu telah kekal sebati selepas tempoh dekolonisasi (dalam beberapa kes sehingga hari ini), Darurat Tanaha Melayu serta kehidupan selepasnya kekal penting dan relevan dalam dunia kontemporari.

Meskipun para cendiakawan sejarah kebiasaannya berpendapat untuk meletakkan Darurat Tanah Melayu sebagai satu perjuangan Perang Dingin, namun minat populariti yang lebih meluas dalam zaman Darurat telah pun berkembang maju sepanjang setengah abad yang lalu. Minat tersebut telah bermula dengan penerbitan sebuah buku Robert Thompson pada tahun 1966, bertajuk  Defeating Communist Insurgency: The Lessons of Malaya and Vietnam, dan ianya berlarutan disebabkan sesetengah sarjana berpendapat, khususnya yang berminat dalam sejarah ketenteraan dan strategi ketenteraan, melihat konflik sebegitu sebagai model awal untuk melawan peperangan pemberontakan, yang kemudiannya diguna pakai dalam konflik lain di seluruh dunia. Di Tanah Melayu, idea-idea tersebut diguna pakai dan dijadikan contoh dalam watak Field Marshal Sir Gerald Templer, yang berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaya bermula pada tahun 1952 dimana tanggapan beliau yang terkenal bahawa, untuk memenangi konflik, Britain perlu memenangi “hati dan minda manusia”.

Para cendiakawan yang berminat dalam konteks peperangan menentang pemberontakan ketika berlakunya Darurat telah menumpukan dari segi pelbagai faktor politik dan ketenteraan yang mendorong usaha British di tanah jajahan – seperti pengumpulan risikan, kepolisan dan propaganda – namun satu idea menjadi teras kepada punca bagaimana konflik tersebut berlaku: iaitu penempatan semula penduduk luar bandar di Tanah Melayu. Pada mulanya ianya dibincangkan secara sulit pada hari permulaan awal konflik tercetus tetapi kemudiaanya telah termaktub sebagai dasar berikutan pembuatan kewujudan Rancangan Brigss (dinamakan bersempena dengan nama Pengarah Operasi Malaya, Sir Harold Brigss) pada tahun 1950, idea rancangan penempatan semula adalah bertujuan untuk memindahkan populasi terbesar penduduk luar bandar di Tanah Melayu ke kawasan kampung baharu demi memotong bekalan, wang dan rizab suber tenaga kerja kepada pemberontak komunis yang berpangkalan di hutan. Sementara itu, dalam beberapa kes yang lain, ini bermaksud untuk memindahkan pekerja ladang dan lombong ke kawasan yang lebih tertumpu berhampiran tapak kerja mereka, dimana langkah terbesar dan paling berkesan ke arah penempatan semula ialah mewujudkan lebih 450 Kampung Baru di seluruh tanah jajahan. Kampung Baru ini, yang pada asalnya dipenuhi kawat berduri dan dikendalikan sebagai tapak pengawasan dan kawalan badan yang lebih tinggi, kebanyakannya dihuni oleh masyarakat etnik Cina yang majoriti di Tanah Melayu, yang telah dipindahkan secara paksa oleh kerajaan kolonial British dari rumah mereka di pedalaman Melayu. Secara keseluruhan, kira-kira 10 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu – atau kira-kira 500,000 orang, bergantung kepada anggaran – telah ditempatkan semula ke Kampung Baru. Kini, terdapat banyak perkampungan sebegini masih wujud sehingga hari ini.

Dalam pada itu, walaupun terdapat banyak kajian mengenai Darurat telah tertumpu kepada skop dan sifat penindasan Kampung Baru Tanah Melayu, penempatan semula dan tanggapan kawalan spatial tidak terhad kepada ruang tersebut. Sebagai tambahan kepada Kampung Baru, kerajaan kolonial British membentuk pelbagai penamaan spatial baharu di tanah jajahan, yang semuanya memberi kesan kepada penduduk wilayah itu secara besar-besaran. Ini termasuk penciptaan Kawasan Putih dan Hitam, penggunaan pusat tahanan dan ruang tahanan baharu, serta pembentukan kawasan “pengumpulan semula” di kampung-kampung Melayu dan di kebanyakan ladang getah dan perlombongan besar milik tapak warga asing. Dasar-dasar ini, yang digubal oleh kerajaan kolonial untuk menempatkan semula dan “memperbaiki” penduduk Tanah Melayu ke dalam ruang yang lebih tertumpu dan oleh itu “boleh dibaca” dan boleh dikawal, telah digunakan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Secara keseluruhannya, dasar sedemikian telahpun berjaya mempengaruhi hampir keseluruhan penduduk Tanah Melayu yang besar dan pelbagai.

Dalam kajian kes ini, yang disusun oleh Dr David Baillargeon (david.baillargeon@uta.edu), anda boleh mengakses data pemetaa yang dipautkan kepada dasar pemetaan semula yang digubal dibawah Darurat, serta bibliografi komprehensif kajian dalam Bahasa Inggeris mengenai Darurat. Jika anda mempunyai sebarang data atau akses maklumat tambahan berkaitan ynag mungkin berguna dalam memperbaiki data sedia ada dalam peta digital, atau jika anda ingin memberikan beberapa cadangan atau komen tentang kajian kes, sila hubungi Pengarah COTCA: Jeremy E. Taylor (jeremy.taylor@nottingham.ac.uk). Ikuti pautan “Tema” yang tertera dibawah.

Themes